Kami Warga Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu Dengan Penuh Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk:

1.    Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.

2.    Memastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti berasaskan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.    Memastikan semua murid terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan dalam usaha memperkembangkan potensi secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

4.    Memastikan segala keperluan asas untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah disediakan dengan lengkap.

5.    Memastikan semua urusan peperiksaan dan pentaksiran dilaksanakan dengan cekap, adil, amanah dan sah.

6.    Memastikan segala aduan kepada atau mengenai PPD dan sekolah diberi jawapan dalam tempoh satu minggu dari tarikh penerimaan.

7.    Memastikan bayaran bil dan invois yang lengkap dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan.

8.    Memastikan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan responsif terhadap kehendak semua pelanggan.

9.    Menentukan segala surat dan rayuan kepada dan mengenai sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan.

10.  Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, teguran dan cadangan yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

 

Berita (Hot Topik)

Lokasi PPD Kubang Pasu

Statistik Pelawat

2259746
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
47
147
893
2257876
3136
5829
2259746
Your IP: 3.227.3.146
22-11-2019 06:38