Soalan : Bagaimana membuat pertukaran antara sekolah kerajaan? 
Jawapan : 
Bagi Warganegara gunakan borang P.U(A)275 Jadual Ketiga. Dapatkan daripada sekolah asal. Bagi bukan warganegara gunakan Borang P.U(A) Jadual Pertama .Dapatkan dari sekolah asal. Hanya ibu bapa atau penjaga yang sah dari undang-undang dibenarkan membuat permohonan ini. Borang-borang yang lengkap dikemukan kepada : Jabatan Pelajaran Negeri bagi pertukaran antara negeri. Pejabat Pelajaran Daerah bagi pertukaran antara atau dalam negeri


Soalan : Bagaimana hendak masuk ke Tingkatan 6 bawah Sekolah Kerajaan? 
Jawapan : Kemasukan ke Tingkatan 6 bawah aliran Sains dan Kemanusiaan Sekolah Kerajaan adalah berdasarkan tawaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia


Soalan : Mengapakan anak saya tidak dapat ditempatkan di sekolah yang dipohon? 
Jawapan : Penemptan ke sekolah harian biasa adalah berdasarkan kekosongan tempat dan zon penempatan. Penempatan ke sekolah kawalan dan premier adalah berdasarkan keputusan peperiksaan awam ,kekosongan tempat dan alamat rumah


Soalan : Bagaimana hendak bersekolah dari sekolah persendirian/swasta ke sekolah kerajaan? 
Jawapan : Permohonan hendaklah dibuat di Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dengan mengisi borang permohonan (PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN/BANTUAN KERAJAAN KEMENTERIAN PELAJARAN) bersama dokumen/salinan (Sijil Lahir depan dan belakang, Kad Pengenalan depan dan belakang, Surat berhenti sekolah rendah/menengah, Keputusan peperiksaan UPSR dan PMR, Laporan Disiplin dari sekolah asal) yang berkenaan sebelum kelulusan diberi. Setelah mendapat surat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri barulah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk ditempatkan di sekolah berdasarkan kekosongan tempat dan alamat rumah.


Soalan : Bagaiman membuat rayuan untuk bersekolah semula?
Jawapan :

1. Perkara-perkara yang perlu ada : (i) Surat buang sekolah atau surat berhenti sekolah (ii) Salinan Kad Pengenalan ibu/bapa/waris(1 salinan) (iii) Salinan Kad Pengenalan Pelajar (1 salinan) (iv) Surat Rayuan untuk bersekolah semula ditujukan kepada Pengarah Pelajaran Negeri ,Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Kompleks Pendidikan Stadium, Jalan, Jalan Pendidikan, Taman Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah (u.p: Unit Perhubungan dan Pendaftaran) (v) Salinan sijil PMR jika Tingkatan 4 (Sudah mendaftar PMR atau SPM) pada tahun berkenaan jika Tingkatan 3 atau 5)

2. Setelah surat dan borang lengkap sila ke Jabatan Pelajaran Negeri  bersama-sama dengan pelajar (berpakaian seragam sekolah) dan sahsiah diri yang baik seperti rambut pendek

3. Jawapan samaada anak/jagaan tuan/puan berjaya atau tidak bersekolah semula akan dihantar melalui surat dalam masa 1 hingga 2 minggu.

4. Anak/jagaan tuan/puan hanya boleh bersekolah semula setelah tuan/puan menerima surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri 

5. Setelah mendapat surat kelulusan dari Jabatan Pelajaran  datang ke Pejabat Pelajaran Daerah membawa bersama murid berkenaan dengan berpakaian seragam sekolah dan penempatan akan dilakukan berdasarkan kekosongan tempat dan alamat rumah.

Lokasi PPD Kubang Pasu

Statistik Pelawat

2244001
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
315
280
315
2242263
3487
5257
2244001
Your IP: 34.238.194.166
25-08-2019 22:51